Archive for the ‘berita’ Category

selamat pengantin baru anak amy search

December 3, 2008

UALA LUMPUR 2 Dis. – Ikon rock negara, Amy Search tidak mampu menahan sebak apabila dengan sekali lafaz sahaja, puteri sulungnya, Nabila Huda Suhaimi, 24, sah menjadi isteri kepada Zaidy Zailani, 27.

Apatah lagi, dia sendiri bertindak menikahkan anaknya itu dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Mohd. Nazarudi Mohd. Nadzir dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta di sini hari ini.

Ketika ditemui, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman berkata, dia terharu dan tidak menyangka akhirnya anak perempuannya itu mendirikan rumah tangga.

“Bukan itu sahaja, hati saya terusik melihat ramai kenalan rapat dan saudara-mara yang hadir pada hari ini yang rata-ratanya melihat sendiri bagaimana Nabila membesar.

“Alhamdulillah, apa yang saya dan isteri rancangkan hari ini semuanya berjalan dengan lancar. Kami mahukan yang terbaik untuk hari bahagianya,” kata Amy.

Suasana majlis yang pada mulanya ceria, tiba-tiba berubah wajah apabila isterinya, Norhasniza Hassan, ibu kandung Nabila, Farida Fadzil dan Zaidy menitiskan air mata.

Nabila yang juga seorang pelakon, anggun mengenakan busana putih susu rekaan Zulkifli Mohd. Gandhi dari Butik Puri Pesona menerima wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta RM80 untuk mas kahwin.

Pada majlis itu, Nabila menerima tujuh dulang hantaran antaranya telekung, senaskhah al-Quran, minyak wangi dan alat solek, kasut serta kek dan dibalas pihak pengantin perempuan dengan sembilan dulang.

Bagi Nabila atau mesra dipanggil Abil, dia tidak menyangka selepas enam tahun menyemai cinta, akhirnya, hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.

“Ia jelas menunjukkan cinta kami begitu kukuh dan ternyata kami tidak membuang masa dalam perhubungan ini,” jelasnya sambil merenung suami di sisi.

Majlis resepsi pihak perempuan diadakan di Pusat Komuniti Bukit Damansara malam ini manakala majlis sambut menantu di Klang minggu depan.

SADNESS

December 3, 2008
saya sedihla bila baca berita ni…
walaupun tak knal tapi…hati ni sebak la jugak bila baca…


SEREMBAN 2 Dis. – Seorang anggota polis dan anaknya rentung setelah kereta yang mereka naiki terbakar dan meletup dalam kemalangan ngeri di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di sini pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu, kereta Proton Perdana V6 yang dipandu oleh mangsa, Lans Koperal Azmi Abdul Aziz, 29, terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di tengah lebuh raya sebelum ia beralih semula ke lorong kiri.

Pada masa yang sama, sebuah kereta Proton Waja dari arah yang sama merempuh kenderaan mangsa.

Kemalangan itu menyebabkan Azmi dan anaknya, Mohamad Nor Akmal Daniel, 6, serta pemandu Proton Waja itu, Samir Bhamerick, 39, mati di tempat kejadian.

Isteri Allahyarham Azmi yang juga seorang anggota polis, Lans Koperal Rohana Ahmad, 26, serta seorang lagi anak mereka, Mohamad Nor Amsha Danish, 3, mengalami kecederaan ringan.

Azmi berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam manakala isterinya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini berkata, Azmi dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke Shah Alam setelah bercuti tiga hari di Kota Tinggi, Johor.

Menurut Khalid, kenderaan yang dipandu Azmi dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan dirempuh kereta Proton Waja itu.

‘‘Selepas kemalangan itu, orang awam yang berada di kawasan tersebut membantu mangsa sebelum pihak Bomba dan Penyelamat tiba 15 kemudian,’’ katanya.

Menurut Khalid, pihak polis Negeri Sembilan sedang menyiasat punca sebenar kemalangan dan mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat.

Katanya, Allahyarham Azmi menyertai pasukan polis sejak 10 tahun lalu dan kini berkhidmat di Unit Kereta Peronda IPD Shah Alam.

Sementara itu, Rohana yang kelihatan masih terkejut dan bersedih dengan peristiwa tersebut, hanya mendiamkan diri sambil meratapi jenazah suaminya selepas disembahyangkan di surau IPK negeri di sini.

Jenazah kedua-dua beranak itu kemudiannya dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Emas, Kota Tinggi, Johor selepas solat Maghrib, malam ini.

*********************************************************************************

KOTA TINGGI 2 Dis. – Berkongsi makan sepinggan bersama suami dan anak-anak buat pertama kali seolah-olah menjadi petanda Lans Koperal Rohana Ahmad, 26, akan kehilangan orang yang disayanginya.

Itu juga merupakan kenangan malam terakhir yang tidak dapat dilupakan oleh Rohana Ahmad sebelum berlakunya kemalangan ngeri yang meragut nyawa suami dan seorang daripada anaknya.

“Tidak pernah kami makan berkongsi sepinggan nasi, tapi malam tadi (semalam) suami dan kedua-dua anak saya beria-ia hendak makan sepinggan bersama,” kata balu kepada Lans Koperal Mohd. Azni Abdul Aziz, 29, yang maut bersama anaknya, Mohamad Nor Akmal Daniel, 6, dalam kemalangan di Kilometer 270.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Seremban, pagi ini.

Rohana bagaimanapun terselamat bersama seorang lagi anaknya, Mohd. Noramsha Danish, 3 dan hanya mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar semasa nahas tersebut.

Menurut Rohana, ketika kejadian, mereka berempat dalam perjalanan pulang ke rumah di Sekyen 20, Shah Alam selepas bercuti selama empat hari di kediaman mertuanya di Felda Sungai Emas di sini dan bercadang untuk pulang ke kampungnya di Bota Kanan, Perak pula pada sebelah malamnya.

Katanya, ketika dalam perjalanan, kereta dipandu suaminya gagal mengelak kemalangan awal di depan mereka sebelum merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan dan dirempuh pula sebuah kereta lain lalu tersadai di tepi jalan dan terbakar.

”Saya hanya ingat suami menjerit ‘Allahuakbar’ sebelum saya tercampak keluar menerusi cermin depan bersama anak kedua saya yang saya peluk sekuat-kuatnya.

”Kemudian saya cuba minta tolong orang ramai supaya selamatkan suami dan anak dalam kereta, tetapi api marak begitu cepat,” katanya dalam linangan air mata ketika ditemui di sini lewat malam ini.

Sementara itu, Rohana berkata, anaknya, Mohd. Norakmal berkelakuan pelik pada malam terakhir sebelum nahas ngeri itu berlaku.

“Dia beria-ia mencium dahi, mulut, pipi kiri dan kanan saya, selain berulang-ulang kali memberitahu ‘sayang emak sangat-sangat’,” katanya.

murid mati lemas

October 21, 2008

maser ni malam hari ahad tu…
ader orang call pakcik saya, bagitau yang ader budak lemas dalam kolam kat depan umah pakcik saya tu…
saya, en.ady, ucu, ucu ali n along kecik…
gigihla g jugak kat tempat tu…
ujan maser tu jgn cakap la…
lebat giler…
last2 kitorang pun balik sebab ujan lebat sangat..
operasi mencari di tangguh…
pagi esoknya baru sambung…

semalam petang, dalam kul 2.30 ptg…
ucu call…
“along, budak yang lemas tu dah jumpa…”
menurut ucu saya, budak tu tertimbus dalam selut kat tempat dia mandi2 sebelum tu..
kat kunci air…
orang sabah…tapi family mmg dok cni la…
budak lagi..baru darjah 3…

bila saya check kat dalam Metro online…,terjumpa la artikel ni…

Murid ditemui lemas dalam kolam tebatan banjir

PELABUHAN KLANG: “Sehari sebelum kejadian, arwah memeluk kuat ayahnya sambil menangis mengatakan terlalu rindu padanya kerana sibuk bekerja seharian.

“Pagi Aidilfitri lalu pula, dia bukan saja memohon ampun dan maaf sebaliknya meminta saya menghalalkan air susu ibu diberikan kepadanya sejak kecil. Saya tidak sangka ia petanda anak kelima saya itu akan pergi buat selamanya,” luah Salmiah Ahmad, 35, dalam sebak di sini, semalam.

Salmiah ditemui di kolam tebatan banjir, di Taman Fasa 4, Bandar Sultan Suleiman di sini, selepas anaknya, Mohd Khairul Zulkifli, 9, ditemui di dasar kolam terbabit oleh penduduk kampung yang menyelam bersama Unit Skuba Pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong, Shah Alam, jam 1.35 petang, semalam.

Menurut ibu enam anak itu, dia hanya dimaklumkan anaknya yang juga murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Utara di sini, hilang di kolam terbabit selepas bermain dengan rakannya, petang kelmarin.

“Sehari sebelum kejadian, arwah dilarang dan dimarahi bapanya kerana pergi atau bermain di kolam berkenaan.

“Bagaimanapun, kami reda dengan kejadian dan berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.














Follow

Get every new post delivered to your Inbox.